
Ketibaan Dato' Nik Amar bersama Hj Shamsuddin bagi merasmikan Muktamar DMPNK ke-37 di PUTIK.
PENGKALAN CHEPA, 8 Mei – Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah tiba di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) bagi merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) ke-37 pagi ini.
Nik Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri diiringi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan, Haji Shamsuddin.
Hadir sama pada majlis perasmian Muktamar DMPNK pagi ini anggota Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua DMPNK, Hjh Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya, Hjh Wan Ubaidah Omar, naib ketua, Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ahli jawatankuasa, serta perwakilan dari seluruh kawasan.
RSS Feed
Posted in
Tags: 







